Ads

Selasa, 28 Februari 2012

Menu : Mashed Potato

Hari ni saje menyusahkan diri dengan membuat mashed potato. Sonang yo. Tu pon pasal Ayie tinggalkan Gravy segera kat Larkin. Kalau tak, gerenti tak kuase nak buat!

Cara : Rebus kentang kemudian lecek, campur dengan butter dan susu.
Gravy just masak dengan air panas.

Settle!
Sedapnyeee!

Magnum!

Sabtu, 25 Februari 2012

Lunch Hari Ini

Menu : Thai Mee Goreng Special
Harga : RM 5.90
Lokasi : Medan Selera Tesco Plentong
Rating : ****

Khamis, 23 Februari 2012

Gambar Chuman Lepas Makan Makaroni Berapi!

Uiks, dah makan makaroni, makan biskut pulak. Tak jaga diet la mamat nih! Anyway, berlagak betol sebab dia sorang je yg tahan pedas akibat penangan lada Mas.
Takpe anak-anak, lain kali I tambah gula lebih sikit. Hohoho!

Macaroni Berapi Pasti Gempak

Wahahaha! Menu pd hari ni adalah sangat-sangat-sangat-sangat pedas. Tahap 5 bintang. Sedap mmg la sedap sebab buat pakai tomato segar, tp tu pon terpaksa sebab sos tomato dah habis (tak perasan dah tinggal botol aje!).
Lepas makan terus lepak kat beranda. Nak hilangkan pedas! Hohoho...

Selasa, 21 Februari 2012

Channel yg Membosankan...

Malam ni semuanye cerite kurang sopan utk ditengok. Oleh itu, kiteorang tengok cerita DragonBall @ Cartoon Network. Tu aje yg ada!

Watak : Bezita (Vegeta)

Menu Ringkas Tengahari : Nasi Goreng Belacan

Bahan :
1. Nasi putih
2. Bawang
3. Telur
4. Kobis
5. Serbuk nasi goreng belacan cap Seri Aji
6. Minyak utk menumis

Ps: Tu pon pasal de nasi lebih semalam, kalau tidak x kuase kawe!

Isnin, 20 Februari 2012

Kandid!

Lokasi : Medan Selera, Tesco Plentong
Masa : Lunch hour
Menu : Mee Ladna (ape lagi!)
Notes : Serba pink!

Kandid! Pilih2 barang mainan. Tak beli pon

Lokasi : Holiday Plaza, Johor Bahru
Tahun : Disember 2011
Masa : before 2 pm kot
Notes : Ni gambar masa dekat kedai mainan, dan semua dlm gambar ni adalah family kiter (kecuali amoi tu).

Ahad, 19 Februari 2012

Menu Hari Ini : Nasi Minyak, Kurma Daging dan Acar Timun

Actually, bukanlah rajin sangat nak masak nasi minyak and others, tapi sebab nak clearkan ice box, minyak sapi la, susu cair la, semua ada, so masaklah cincai2. Tapi, sodap jugak...

Tetamu : Belalang Kunyit

Belalang kunyit ni selalu singgah dan hinggap dekat bidai. Oleh itu, kiteorang menamakannya sebagai Hendrich. Sebenarnya Big marah betul sebab selalu makan pokok dia!

Sabtu, 18 Februari 2012

Ahli Keluarga Baru : Kura-kura Pisang @ Super Moat (mobile otomatik android transformer)

Kura-kura ni berasal dari anak sungai Mersing. Dia ni lain sikit daripada kura-kura biasa. Namanye diberi sempena bahagian kepalanya yg boleh terbuka dgn automatiknya (kat kepalanya ada penutup mcm henset lipat!)

Moat ni pemalu sikit. Tp kalau dia dah tak segan lagi, bley la letak gambar dia byk2.

Jinak-Jinak Burung Merpati

Burung-burung kesayangan mak and ayah. Hari2 mesti datang sarapan kat rumah. Makan jagung atau roti, kekadang nasi, kuih-muih, etc.

Jumaat, 17 Februari 2012

60 Set Batu Seremban Siap!

Hahaha! Akhirnya setelah berpenat-lelah menjahit batu seremban sebanyak 300 biji, hari ni settle jugak. Memangla modal tak banyak, kain free ade kat rumah, kacang hijau RM11.50. Tapi, modal tenaga, masa, fuyoo! Maybe lepas ni x ambik order lagi kot? Tak larat lah. Ni buat pun sebab suka-suka. Lepas ni banyak kerja lain yang menanti.

Actually, niat I pada asalnya nak memastikan permainan tradisional kite tak lupus dek zaman. Ada juge bebudak yg main permainan ni lagi yek? Ingatkn diorang cume kisahkan PS3 jer!

Ps: Dulu mak buatkan batu seremban petak, guna kain batik merah. Cantik dan best bila main! Kerana mak la, I pandai main batu seremban sampe Batu 20 taw!

Selasa, 14 Februari 2012

Jemput Makan Free

Pantang dapat baucer trs pegi beli. Kena tambah la beberapa RM, tp berbaloi. Lepas ni kena rajin lagi buat survey!

Isnin, 13 Februari 2012

Baucer KFC

Dek kerana rajin melayan survey online, akhirnye dpt juga tebus point2 dgn sekeping baucer KFC bernilai RM20. Okeyla tu. Dpt gak makan free. Anyway, hancus lagi diet I hari ni!

Khamis, 9 Februari 2012

Menu Petang : Otak-otak


 Petang ni I grill otak-otak jer utk diorang. Nak bakar xde arang laks (hoho) X kuase nk hidup2 api guna arang. Zaman bile nk makan. Kalo buat barbeku boleh la.

Alah, beli aje yg frozen, then bakar sendiri. Lagi murah der. Kalo beli siap nyer, mahu 50sen sekeping yang rupe bentuk tak seberapa lagi layak ditiup angin. Hoho! Jangan mare taukeh!

Sabtu, 4 Februari 2012

Chocolate and Strawberry


Idea yang paling best ni datang last minute. Kononnya nak buat chocolate bouquet la, lollipop chocolate la. Kemudian, dengan idea K.Dets, chocolate by Kay dan Strawberry daripada Kak Zai, maka muncullah hidangan pengantin yang cantik, mahal dan berkaliber! hohoho! 
Thanks kepada pemberi idea...

Nanti kalau ade jodoh I kawen, I nak buat lagi grand daripada yang nih!