Ads

Selasa, 31 Januari 2012

Lauk Undangan : Bendi Goreng Udang

Hidangan : Bendi goreng udang
Chef Undangan : Kak Dets
Masa penyediaan : 10 mnt kot?
Bahan : Bendi, bwang merah, bwng putih, udang, minyak, lada merah, garam, bla bla bla...

Lauk yg sedap dan sihat utk mereka yg makan sayur!

Jumaat, 27 Januari 2012

Menu Hari Ini : Ayam Goreng Mentega dan Madu

Hari ni masak nasi lemak kukus. Sambal udang yg sodap tu k.dets yg masak. I cuma masak nasi lemak, goreng telur dadar dan ayam goreng mentega ajerk. Sedap jugak. Haha! Makan bertambah-tambah u, habis diet I.

Resepi :
1. Ayam (goreng dgn kunyit n garam)
2. Mentega/planta
3. Madu
4. Bawang merah
5. Sos tiram

Siap!

Selasa, 24 Januari 2012

Menu Hari Ini : Gulai Ayam

Sebenarnya, kiteorg dah boring asyik makan lauk sama. Jadi, idea yg dtg daripada k.dets supaya I masak gulai lemak ayam. Actually, I x pernah masak pon. Dulu mase kecik2 pernah makan ayah masak, cuma ini first time cuba masak. Sodap!!!

Resepi:
1. Ayam
2. Bawang merah, bawang putih, halia, lada merah, lada hitam (kisar)
3. Daun kesum
4. Santan
5. Asam keping
6. Lebih kurang camtu la resepi nye. Masak main campak-campak jer, gerenti sodap!

Ahad, 22 Januari 2012

Khazanah Kay

Ni antara barang@harta@khazanah kesayangan I. Kenapa?
1. Al-Quran pertama yg dibeli dgn duit sendiri
2. Al-Quran terjemahan
3. Al-Quran ni menjadi teman sebilik buat I yg agak penakut ni.
Insyaallah, kalau ada rezeki, mungkin I dapat khatam lgi.
Start : 15hb Jan 2012
Target khatam : Bln Ramadhan thn ni
Surah terkini : Surah Al-Baqarah Juz 2

Sabtu, 21 Januari 2012

Menu Sabtu Ini

Hari Sabtu biase lah rame yg dtg. So, kena la masak sodap sket, ye tak? (Mcm la sodap sgt!)

Okey, menu kite pda hari ini adalah...
1. Nasi putih (Chuman masak)
2. Ayam masak merah extra hot
3. Kobis goreng dengan fishball
4. Telur dadar

Ps: anyway, lada merah da bes, tu psl lauk nmpk dull!

Jumaat, 20 Januari 2012

Menu Simple Hari Ini :

Hari ni menu simple je - Roti pita @ Kebab. Nak kate simple sgt pon, ambk mase 1jam++ juga nk sediakan.
Anyway, ni dia resepi die.
Bahan2 Inti:
1. Daging burger
2. Bawang merah
3. Hotdog
4. French Fries
5. Sos tomato
6. Sos Cili
7. Mayonis
Selamat menjamu mata, hohoho!

Rabu, 18 Januari 2012

Dessert : Dadih Strawberry

Bahan2:
1.Campuran dadih
2.Air
3.Dapur gas
4.Periuk
5.Kerajinan
6.Masa
Bla bla bla

Sebenarnya campuran dadih tu dpt free. I mmg suke sgt brg2 free (hohoho). Dekat kotak tu plak ade tulis harga RM5 - dpt 7 bekas je bro. Mahal la!

Ps: gambaran dlm esbok (ice box) I. Beberapa bekas dadih, dan yg kuning tu Mustard. Hehe...

Menu Simple Hari Ini

Bubur bijirin berserta telur masin, ikan kering bulu ayam dan sambal kicap cili padi.

Bahan2 bubur:
1.Air
2.Beras
3.Quaker Oat
4.Barli
5.Garam

Bahan2 sambal kicap:
1.Kicap
2.Bawang merah (hiris)
3.Cili padi (hiris)
4.Dah siap!

Kalau ade sesaper yg nak diet tu, ni antara menu yg boleh diamalkn (kecuali telur masin ;p). Actually, kalau ade kacang goreng, sambal belacan, bla bla bla, lagi sodap der!

Anyway, I ni alergik cili padi (kalo mkn cili padi byk2 nnti kulit kering n mengelupas)-heran kan? Nsb baik krim yg beli kat farmasi tu ado lagi. Nak wat camne-- feveret + degil!

Jumaat, 13 Januari 2012

Kucing Jiran

Ni antara 2 ekor kucing yg asyik datang rumah, minta makan dan tidur. Memandangkn kiteorang xde bela kucing, jadi kiteorang sedekah la makanan, Makanan Cap Tesco (RM10.50 sebgks) sanggup beli nak bg kucing orang makan. Tapi xpe coz kite bagi semua binatang makan, including kucing, burung, ikan, kura-kura, even biawak pun cari makan kat sini. Tapi xpe, sedekah dpt pahala.

Gambar 1st namanya Mag Delina, yg 2nd namanya Big Show (actually, tak tahulah nama sebenarnye sape--suka2 je bgi nama kat kucing orang ;p !

Menu Hari Ini : Bihun Tom Yam

Hari ni makan special, kononnye (padahal nk habiskan lebihan bahan steamboat semalam!). Atas permintaan Big, maka terhidanglah Bihun Tom Yam yg dimasak dlm hanya... 15-20mnt saje.

Bahan2:
1. Bawang merah
2. Air
3. Pes Tom Yam Maggi
4. Serbuk Cukup Rasa
5. Lebihan barang steamboat semalam!

Ps: I jarang masak guna rempah segera, kecuali terpaksa. Actually I nk cepat n ringkas, bukan x pndai masak okey!

Menu Petang : Keropok Lekor

Notes : Kesian ayie n kak zai x dapat rasa!

Projek Felt : Pencil Topperz

Memperkenalkan Mummy & Papa Monster!
Kenapa nama dia camtu? Entahlah! Mungkin sebab muka dia yg tak serupa bikin...
Kalau ade mase lapang, nk buat byk2 bgi bebudak tu. Diorang mesti suka kot?

Rabu, 11 Januari 2012

Menu Hari Ini : Steamboat

Petang ni, balik kerja je terus start masak. Sonang yo masak steamboat. Rebus2 sikit, dah confirm jadi.

Bahan2 kuah:
1. Air
2. Kiub ikan bilis
3. Minyak bijan
4. Serbuk lada putih

Bahan-bahan lain, beli lah ikut suka. Fishball, fish cake, wantan, cendawan, meat ball, crab fillet, kangkung, kobis bunga, etc.

Jemput makan!

Rabu, 4 Januari 2012

Projek Ekspress : Success!

Hooray! Kain lipat depan dah siap petang tadi. Badan pun dah penat, pinggang dah sakit, nasib baik dapat dijahit dengan cantik. Ahaks!
(Gambar akan diletak lepas pakai dgn kebaya Sabtu nanti)

Yang kelakarnya, nak jahit baju sendiri, kenalah UKUR DiBADAN SENDIRI... Macam pepatah pulak!

Tapi, tak sangka skill menjahit ni boleh diguna time genting macam ni. Nak hantar kedai x sempat pulak. Nampaknya 'Kursus Seni Reka dan Jahitan' yang I pergi dulu agak berbaloi--walaupun ambil kursus kerana suka-suka.

Hasilnya, modal hanya RM5++ (upah jahit tepi, benang, zip, getah dan tali pinggang). Kalau hantar kedai tuk kain sehelai pun agaknya RM15++. Jimat duit I (kedekut)!

Okey, lepas ni apelah projek lagi...


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Selasa, 3 Januari 2012

Projek Ekspress

Baju kebaya ade, cuma kainnya tak best untuk dipakai. Kebetulan pulak I ade simpan kain batik Sarawak (kaler pun matching), ape lagi, kene siapkan dlm masa... Kurang 3 hari!

Hari Selasa bru decide nak buat, hari Jumaat dah sibuk, Sabtu nak pakai. Sempat ke tak I nak menjahit ni? Minta2lah sempat.

Oleh itu, esok cuti kena paksa diri utk buat sampai siap. Takde tapi-tapi lagi.

Tengoklah camne esok...

Menu : Burung Puyuh Masak Blackpepper

Actually, first time masak burung puyuh (tu pun pasal orang bagi-nak beli sendiri jgn haraplah).
Memula memang takut nk msk (berbulu-bulu--hoho) tapi akhirnya terciptalah resepi yang dihentam sendiri.
Nasib baik jadi! I mmg pandai masak. Ahaks2.

Bahan2:
Burung puyuh (goreng dgn kunyit dan garam)
Bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, sos lada hitam, lada hitam, cuka, gula, garam, kicap, minyak (tumis)

Ps: akak I paksa masak coz katenya kalau dah kawen, tetiba hubby nk makan burung puyuh, at least tahu masak!